Wednesday 26 April 2017

































































































































































i want a reset button in my life.....

Thursday 25 August 2016



aku bukan jenis akan cari kau bila aku punya masalah, atau mungkin aku pernah. dulu. tapi kini, tidak.

mungkin tegurnya aku setelah lama menyepi kerna aku teringat atau rindu,

"kau okay?" soalan itu buat aku terasa sesuatu, entah kenapa, lembutnya hati aku, seakan tembok keras itu semakin lebur.  bukan salah kamu. cumanya aku mahu beritahu,

lepas ni, mungkin aku tidak akan cari kalian lagi bila aku perlu sesuatu. kadang aku cuma mahu kongsi gembira aku kerana aku sudah tidak punya siapa untuk aku cerita gembira aku kalau kamu semua ada tika aku berduka, siapa yang mahu berada di sisi tika aku gembira ?

hentikan segala drama, kala aku berduka, atau kalau aku gembira nnti, mungkin aku cuma simpan sendiri klau aku mampu.

cukup.

hey, pernah fikir walau kita selalu ada bersama mereka mereka kenapa tika waktu sendiri kita tetap rasa seorang, rasa sunyi ? 

Sunday 17 July 2016




Hati kadangnya tidak merasa sakit yang ditoreh seperti dipengaruh kawalan minda.

Separa sedar.

Aku sendiri kadang keliru dengan perasaan sendiri, tapi semuanya tidak terluah. Disimpan kemas dlam peti hati. Kemas. Dikunci rapi. Mengharap ianya pudar sendiri. Hilang ditelan masa.
Tidak mahu menoleh pada perkara lalu. Dipanggil kenangan atau memori masa lalu, malas. Takut hati pedih, jahitan kemas itu terbuka, terlalu takut.



Melihat pada lajunya masa mengganti masa, aku kini cemas. Merangka masih belum sudah tapi tahun sudah berganti, segalanya tidak seperti yang diharapkan. Kecewa, keliru, serabut, buntu semua menjadi satu. 

Gundah aku.

Wednesday 8 June 2016



Antara kita pasti ada yang merasa mahu pejam mata dan membayang diri kita ini sedang terbang tinggi terbaring menatap langit. tenang dan aman juga meninggalkan segala perkara di belakang walau sekejap cuma.

aku pasti....

Aku antara mereka itu. mahu aku tinggal segala perkara tapi bukan untuk sekejap cuma, aku mahu pergi untuk selamanyaaa. Tamak bukan ? percaya aku. Aku antara manusia terpaling mahu buat begitu, cumanya aku sedar. aku punya mereka yang turut sama jatuh diri bersama, keluarga aku. bahu kanan aku masih lagi ringan. mampukah aku? bersediakah aku?

fuhhh.

aku masih dibelakang, harus pecut. smpai bila mahu manusia sekeliling mengata perkara yang sama. cumanya langkah aku terlalu perlahan, aku sudah hilang salah satu penguat semangat aku. aku rindu. aku masih belum pulih sepenuhnya. sakit.

hati masih terasa ada pecahan yang tidak lengkap. aku redha cumanya rindu aku terlalu pekat. kacau. aku cuma mahu yang terbaik, mahu menjadi seperti penguat aku yang hilang itu, tapi aku masih tidak mencapai tahap itu walau aku cuba. mungkin usaha aku masih kurang.

Doa aku kirim setiap kali aku teringat dia. aku ingin lelap dalam dakapan dia, aku ingin tatap wajah dia biar tanpa dia tahu, melihat belakangnya juga sudah cukup buat aku senyum lega. rindu.

al-fatihah buat arwah mak, suhana shaari.




ahhhh, sakit perempuan betul buat emosi aku kacau.  

Monday 21 March 2016

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers