Wednesday 8 June 2016



Antara kita pasti ada yang merasa mahu pejam mata dan membayang diri kita ini sedang terbang tinggi terbaring menatap langit. tenang dan aman juga meninggalkan segala perkara di belakang walau sekejap cuma.

aku pasti....

Aku antara mereka itu. mahu aku tinggal segala perkara tapi bukan untuk sekejap cuma, aku mahu pergi untuk selamanyaaa. Tamak bukan ? percaya aku. Aku antara manusia terpaling mahu buat begitu, cumanya aku sedar. aku punya mereka yang turut sama jatuh diri bersama, keluarga aku. bahu kanan aku masih lagi ringan. mampukah aku? bersediakah aku?

fuhhh.

aku masih dibelakang, harus pecut. smpai bila mahu manusia sekeliling mengata perkara yang sama. cumanya langkah aku terlalu perlahan, aku sudah hilang salah satu penguat semangat aku. aku rindu. aku masih belum pulih sepenuhnya. sakit.

hati masih terasa ada pecahan yang tidak lengkap. aku redha cumanya rindu aku terlalu pekat. kacau. aku cuma mahu yang terbaik, mahu menjadi seperti penguat aku yang hilang itu, tapi aku masih tidak mencapai tahap itu walau aku cuba. mungkin usaha aku masih kurang.

Doa aku kirim setiap kali aku teringat dia. aku ingin lelap dalam dakapan dia, aku ingin tatap wajah dia biar tanpa dia tahu, melihat belakangnya juga sudah cukup buat aku senyum lega. rindu.

al-fatihah buat arwah mak, suhana shaari.




ahhhh, sakit perempuan betul buat emosi aku kacau.  

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers