Wednesday 16 October 2013

ini aku dapat dari insta kak wani ardy. sungguh aku kagum dgn penulisan dia. jujur. kadang. ada penulisan dia bisa buat hati aku pap ! satu tamparan singgah. dia dan kak fynn jamal. dedua ni penulisan mereka menyentuh hati aku dan kdg sinis itu terasa. hahahah. halus dan indah. 


----------------------------------------------

Kawan,
ketahuilah sesudah jiwa aku remuk dipandu kasih yang terkandas,
sesudah tubuh sayur aku kau peluk dan tangan ais aku kau pegang,
sesudah kau menyuntik bahasa atau bisu untuk aku tenang-
bila kau tidak memandang,
aku dalam rahsia merenungmu.
Berdoa agar Tuhan lindungimu;
temukan kau dengan seseorang.

Kawan,
ketahuilah sesudah aku bangkit dan hati aku diculik,
sesudah aku terapung ke langit dan kau turut menyanyi (namun memerhati),
sesudah telinga kau meresap cerita aku saban hari-
bila kau tidak memandang,
aku dalam rahsia merenungmu.
Berdoa agar Tuhan lindungimu;
temukan kau dengan seseorang,
bahagiakan kau dengan seseorang.

Kawan,
ketahuilah sesudah jari aku diikat selingkar janji
oleh wanita yang melahir bayi tercatit aku sebagai isteri,
sesudah kau hadir meneman dan menyaksi-
bila kau tidak memandang,
aku dalam rahsia merenungmu.
Berdoa agar Tuhan lindungimu;
temukan kau dengan seseorang,
bahagiakan kau dengan seseorang.

Jika tidak,
Tuhan-
kapaskanlah bebanmu,
besikanlah sabarmu.

Kawan,
ketahuilah sesudah sepasang bibir melafaz nama aku di depan Ayah,
dan ke dahi aku bibir itu halal menyinggah,
sementara kau bergenang gembira di belakang-
bila kau tidak memandang,
aku dalam rahsia merenungmu.
Berdoa agar Tuhan lindungimu;
temukan kau dengan seseorang,
bahagiakan kau dengan seseorang.

Jika tidak,
Tuhan-
kapaskanlah bebanmu,
besikanlah sabarmu.

Kemudian-
temukan kau dengan seseorang,
bahagiakan kau dengan seseorang,
kekalkan kau dengan seseorang.

Kawan,
ketahuilah biar kita memudar dan menua,
biar berrenggang timur, barat, utara dan selatan,
biar bayu Tuhan meniup kapal hidup kita entah ke mana-
bila kau tidak memandang,
aku dalam rahsia merenungmu.
Berdoa agar Tuhan menjagamu lebih dari Dia menjagaku
dan meminjamkanmu lebih dari yang dipinjamkan padaku,
kerana sesungguhnya di mata aku
kau selengkap-lengkap manusia,
kau selayak-layak pencinta,
kau sebaik-baik kawan,
kau seindah-indah perempuan.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers