Saturday, 23 November 2013


Demi kita aku tak kisah untuk disakiti,
Biar ditusuk pelbagai kata maki hina,
aku kebalkan diri.

Demi kita juga aku pergi,
Demi kita juga aku sembunyi,
Sepi. sendiri.
Sepertinya malaikat maut itu menanti.
hampir aku mati. 

Diam-diam aku kembali,
untuk lihat tawa itu,
yang cumanya milik kamu, indah.
Mungkin ini cuma cara yang aku punya.

Sembunyi.

Benar, aku ini pengecut,
untuk beritahu kamu.
aku ini sayang,
aku ini rindu,
kita kita yang dulu.

kau tak rasa begitu ? 



24/11/2013
hnskhrdn


No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers