Tuesday 20 January 2015


pernah rasa semua perkara kau akhirkan dengan tangis ?

marah kau dengan getar suara turut serta tangisan,
tawa kau perlahan beransur bertukar menjadi tangisan,
beban yang sedia kau pikul terlepas sehingga terhasil tangisan yang turut serta sedu sedan.
pandangan kau kosong seperti menembusi setiap objek yang menghalang.

aku tahu kau pernah.

tiada siapa yang mampu kau tudingkan jari.
seolah setiap perkataan yang terucap ada penghalang.
ayat yang mahu kau tutur hilang. mati.
jadi kau cuma secara rawak menuding pada siapa yang terlintas.

jadi dia yang kau rasa harus dipersalahkan sedang kau sendiri masih samar dalam menuding jari.


terasa seperti kau mahu menari di bawah hujan ketawa girang sambil air mata kau mengalir kerna tiada siapa yang peduli. 

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers