Saturday 21 March 2015


Heartless.


Heartless tak bermaksud kau tak patut rasa apa apa langsung. Semua ada perasaan. Usah berdalih. Kucing pun ada je perasaan nak menggatal gesel gesel dekat kaki.


Pada aku, ianya seperti kau balut hati kau dengan lapisan selimut tebal yang tak terkira berapa banyaknya untuk buat kau tak punya rasa. konon kebal. Kebal untuk menolak segala permasalahan yang timbul tanpa perlu kau tunjukkan rasa yang pada kau cuma membuang masa.


Masa lalu yang banyak menikam, menyucuk, menghempas hati kau sehingga ianya remuk membuatkan kau punya rasa untuk jadi heartless. kerana kau sudah terlalu penat untuk menunjukkan rasa sayang atau kasih yang selama ini kau tumpahkan. bazirkan. kerna pengakhirannya ianya cuma mengalir menuju ke longkang tanpa siapa yang peduli.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku yang ayatnya lepas tanpa tapisan dan terlalu banyak buat mereka yang dekat terasa ini sudah lali mendengar mereka menggelarkan aku 'kering' yang bukan merujuk pada fizikal aku. obviously. ianya kerana mereka mengatakan aku seperti tidak peduli atau terasa dengan ayat tajam yang biasanya akan membuatkan mereka yang mendengar terasa atau sentap. padahal.

Aku ada hati dan perasaan. aku manusia biasa. aku pernah terasa. selalu terasa. rapuh. cumanya apa aku masih betah unuk membuat tidak peduli kerna aku sudah lali dengan mausia manusia yang tujuannya tak lain cuma mahu kedepan sendiri sambil mendongak langit dengan rasa angkuh kerna berjaya menjatuhkan mereka yang selalu bersama tanpa peduli. 

juga, sudah terlalu penat untuk menjaga setiap hati yang selalu bersama. kerna kadang hati sendiri perlu tempoh merawat juga tempoh penyembuhan, 

mari sama sama kita bantu sesama kita untuk maju ke hadapan dan menongkah segala halangan yang mendatang. 


--------------------------------------------------------------------------------------


  When you've been hurt too much in life,you'll go stronger.
But I never thought that if it's too much, you might end up being heartless
                                                                  -someone-








No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers