Wednesday 12 June 2013

kaca.

Ya,

Mengapa hati ini makin cepat tersentuh ?
sudah berubah menjadi kacakah ?
begitu senang untuk pecah bila jatuh ?

aaahhh,

sampai bila mahu begini ?
harus kuat untuk menempuh hidup.
ya, hidup ini bukan satu mainan.
harus cekal untuk melangkah.

bangkit jika kau jatuh.
jangan kau harap ada yang menghulur,
menyambut agar kau tidak jatuh.
itu mimpi.

mimpi yang hanya bisa kau atur sendiri.

bangun ! bangun ! bangun !

mana pergi semangatmu ?
ayuh, bina dan bangkit.
bangkit agar kau mampu buktikan.
kau juga mampu berjaya !

aku mahu semangat itu kembali.
aku mahu persetankan semua hasutan dan bisikan yang bisa membunuh itu. tapi adakah aku mampu ? ya, kadang aku terpesong, kadang aku tergelincir. begitu rasa sakit perit masih aku rasa cuma beza ia makin menambah rasa. lebih perit jika kau masih jatuh pada tempat yang sama. berulang. masih butuh waktu untuk biasa.

aku ini manusia biasa walau aku minta untuk menjadi luarbiasa. aku masih aku. kerdil dan masih bertatih. 

1 comment:

kosong said...

Saat aku jatuh
Hulur semangatmu, aku bangun.

Saat aku jatuh
Rawat lukaku, aku sembuh.

Saat aku jatuh
Pegang jiwaku, aku kukuh.

Dan saat aku jatuh itu
Pimpin aku menapak kembali,
aku sedang diuji.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers