Friday 13 December 2013


satu jasad.
satu jiwa.
berjuta diri. 

Apa kau rasa kau tendang aku, golekkan aku. dari kiri ke kanan. dari kanan ke kiri. kau tarik aku. dari kiri ke kanan. dari kanan ke kiri. bahagia ?

tendang, tarik, tendang tarik, tendang, tarik, tendang, tarik, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang, tendang...

sehingga kau rasa puas. sehingga aku lunyai. sehingga aku berkecai baru kamu mahu berhenti atau apa ? 

aku hulur tangan, kau tepis. pandang walau dari sisi tidak kau beri. terus berpaling. mengatur langkah. 

bodoh ! apa celaka sangat kau manusia ? apa kau syaitan yang bertopeng manusia ? kejam aku kau perlakukan. menghancur aku dari dalam. tempat paling aku rapuh. 

kaca itu berderai. halus. tembok itu pecah. musnah. menjadi kepingan kepingan paling halus antara mereka mereka. 

berderai. walau cuba ditampal guna gam paling kuat sekalipun aku tak pasti jika ianya masih kukuh dan boleh digunakan seperti dahulu semula. 

baiki dan kembali ke bentuk asalnya. cuma aku pasti. fungsinya manakan sama seperti sebelumnya. aku pasti. 

antara kita kita bakal ada tembok memisah. mencipta jurang. usah bermimpi kita bisa bersama. menyatu seperti dahulu. mustahil. amat. 

kita, kau, dan aku. sudah mati. biar tidak berbatu nisan, biar tidak disiram air mawar. biar tidak di jumpa orang. 

biar jika lahir semula kita, kau dan aku itu bersih dan di warna ikhlas. ya, benar, ikhlas. agar tidak ada yang meracun. sengsara.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers