Tuesday 31 December 2013

dua kosong satu empat.


buat permulaan 2014 :

Berdiri aku memandang langit dunia,
yang kali ini di penuhi bintang bintang,
buat langit gelap dunia,
indah.

aku terpaku,
sepertinya masa terhenti seketika,
beri ruang buat memori berlegar,
penuh suka dan duka semuanya.

Pada helaian baru putih itu,
aku mahu palitkan lebih warna kegembiraan,
agar lekuk senyum aku tetap kekal.
tanpa perlu aku ukir.

Berdiri aku memandang pada langit dunia, 
tanpa jemu aku lontar kata itu,

" pinjamkan aku kekuatan mu, Tuhan "

pipi aku terasa hangat,
badan aku turut bergetar,

Terima kasih,
kerna biar aku kekal dalam dakapan-Mu ,
buat terus meniti hari esok.
bersama yang lainnya untuk terus mewarna,

kehidupan....


- 1/1/2014
- 4.32 AM




No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers