Wednesday, 8 January 2014

sepatutnya aku taip entri ni pada 6/1/2014. itu hari sebenar kejadian.
kawan aku masa sekolah rendah (sk datok keramat 1) dah meninggal. kemalangan. kena langgar bas atau kereta aku tak pasti. dan sekitar ampang. muhd ezzad.

masa aku dpt tau berita ni. aku terdiam. terkedu. meremang bulu roma aku. beberapa bulan sebelum tu ada kami berjumpa, aku syikin, dgn dia. kebetulan dia kerja mcd stwgsa. dan smpai skrg aku ingat apa perbualan kami. dan aku ingat baik dia pada kami.

------------------------------------------------------------------------------

ada rasa pedih,
saat berita itu aku terima.
tergamam aku tanpa kata.
tunduk aku pada lantai dunia.

begitu cepat masa berlalu,
dahulunya kau, aku juga mereka
kita masih bergelak tawa,
berkejaran antara kita kita.

tanpa mengira perbezaan kedudukan kita,
kau, aku dan mereka tetap menjalin hubungan.
hubungan persahabatan yang suci, antara kita,
pada usia itu.

masa berlalu,
kita semua terpisah,
mengejar impian kita kita dan
tidak lagi bersua.

satu masa,
Tuhan pertemukan kita semula,
masih kita bergelak tawa,
walau kekok pada mula.
indah, kita mengenang
memori lama bersama kita semua

dan hari ini,
kita terpisah lagi
tapi bukan sementara
kau pergi dijemput ilahi..


al-fatihah....

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers