Saturday 8 February 2014

Kejatuhan itu bukan sesuatu yang kita mimpi atau minta bukan ?

bila kejatuhan itu hadir sebolehnya kau mahu lari dan elak dari ia hampir pada engkau.

Kau dan kejatuhan itu berperang. Sebolehnya kau tidak mahu kejatuhan itu berpijak pada kawasan kau walau satu langkah. menakluk.

Kadang akibat terlalu sangat berlari selepas kejatuhan juga kita akan penat. Penat yang tiada perkataan lain mampu kau ungkap cuma penat. ya. penat.

kau cuma mahu berehat untuk seketika. berehat untuk jangka masa yang kau sendiri tak pasti. cuma mahu sembuh seperti mulanyaa kau melangkah sebelum berlari.

mahu tahu itu ini apa. sebelum kau mengerti apa itu rasa sakit celaka semua. bukan ?

Untuk setiap celaka yang kita rasa, kita sebenarnya terlupa bahawa Dia sentiasa bersama, memeluk kita dan cuba menggapai kita. Namun, terlalu jauh kita berlari untuk mengelak dari kejatuhan sehingga kita terlupa sepatut garis penamat itu pada Dia sebenarnya.

Ada rasa manis yang tersembunyi pada setiap kejatuhan itu. Kita yang terlalu asyik melayan perasaan yang menyimpang buat kita menjauh. Ya, sayang, bahagia itu ada. berserakan. kita yang tentukan bahagia itu seperti mana.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers